Liffham’s Weblog


Jantung Manusia ..::
Maret 24, 2008, 21:30
Diarsipkan di bawah: manusia

PENGENALANSemenjak zaman silam, jantung telah dianggap sebagai pusat kewujupan manusia. Segala niat kebaikan dan pemikiran dianggap berasal daripada jantung. Dari peradapan Mesir purba sehingga kepada peradapan kaum Aaztec, jantung telah dianggap organ terpenting dan pusat kebajikan. Menurut buku kematian Mesir purba, jantung simati akan ditimbang pada neraca keadilan. Mereka yang mempunyai kebajikan yang setara atau lebih berat akan dibenarkan menikmati kehidupan abadi. Berasaskan andaian ini, jantung merupakan satu-satunya organ dalaman yang dibiarkan berada di dalam tubuh mummi Mesir purba.

Kaum Aztec pula percayakan bahawa sekiranya mereka tidak menyembahkan jantung manusia kepada dewa Huitzilopochtli, matahari tidak akan muncul dan dunia akan musnah. Di atas sebab tersebut kaum Aztec pernah mengorbankan seramai 80,400 orang mangsa sebagai persembahan perasmian Kuil Agung Tenochtitlan pada tahun 1487. Upacara pengorbanan manusia yang dilakukan serentak berempat dilakukan secara berterusan, daripada matahari terbit sehingga matahari terbenam, selama empat hari tanpa berhenti.Ibnu Sina ( – 1037 Masehi) merupakan pakar sains Islam agung yang telah mengkaji jantung secara saintifik dan mengarang buku panduan mengenai jantung yang digunakan sebagai rujukan oleh orang-orang eropah selama enam ratus tahun sebelum kajian semula oleh William Harvy (1578-1657).  William Harvy telah belajar mengenai anatomi manusia di Universiti Padua di Itali. Dia menetap di Landon pada 1603 dan akhirnya menjadi doktor peribadi Raja King Charles I. Pada tahun 1628, William Harvy menulis mengenai peredaran darah dalam 17 bab buku “Exercitation Anatomica de Motu Cordis et Sanguinis in Animalibus” (Mengenai Pergerakan jantung dan Darah dalam Haiwan.) yang bertentangan dengan apa yang diterima ketika itu semenjak 1,400 tahun dahulu.

Daripada segi sains, jantung adalah satu organ bersaiz penumbuk yang bertugas untuk mengepam darah beroksijen ke seluruh tubuh untuk kegunaan semua sel badan. Jantung akan mulai berdegup ketika manusia masih dalam kandungan, dan akan tidak akan  berhenti sehingga manusia meninggal dunia. Malah jantung manusia dapat dipindahkan daripada mereka yang baru meninggal kepada pesakit jantung, untuk membolehkan pesakit jantung untuk terus hidup sihat. Teknik ini yang diperkenalkan oleh Christiaan Barnard yang melakukan pemindahan jantung pertama pada tahun 1967. Dia meninggal pada tahun 1 September 2001 akibat serangan lelah (asthma)

GAMBARAN JANTUNG

Jantung terdiri dari serabut-serabut otot khusus yang bekerja secara automatik dan tetap. Selain itu masih terdapat juga sistem saraf yang mengatur irama denyutan jantung. Dengan setiap denyutan jantung, darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh dan darah yang kurang oksigen ke  paru-paru untuk melakukan pertukaran gas. Dianggarkan bahawa 10,000 liter darah mengalir melalui aorta dan mengelilingi tubuh manusia setiap hari. Terdapat berjuta-juta saluran rerambut darah yang membekalkan oksijen keseluruh tubuh manusia. Jika semua saluran rerambut darah disambungkan, ia mampu melingkari dunia sebanyak dua kali.

BENTUK JANTUNG

Jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang yang dipanggil atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Terdapat sistem injap yang menyambungkan antara ruangan yang berlainan.

  • Ruangan atrium jantung adalah lebih nipis dan kecil dari segi isipadunya berbanding ventrikel.
  • Otot kardium, yang berdenyut secara automatik, membentuk dinding jantung.  Sejenis membran tahan lasak yang dikenali sebagai perikardium menyelaputi seluruh jantung.
  • Injap berfungsi membenarkan pengaliran darah sehala iaitu tidak berbalik.
  • Rajah jantung

    SISTEM INJAP DALAM JANTUNG.

        1. Injap sabit terletak dipangkal arteri pulmonari dan aorta menentukan darah yang keluar dari jantung tidak mengalir balik.
        2. Injap trikuspid terletak di antara atrium kanan dengan ventrikel kanan menentukan darah yang mengalir masuk ke dalam ventrikel kanan tidak mengalir balik ke atrium kanan. Ianya terdiri daripada tiga kelopak.
        3. Injap bikuspid (injap mitra) terletak di antara atrium kiri dengan ventrikel kiri menghalang pengaliran balik darah dari ventrikel kiri ke atrium kiri.
      1. ALIRAN PEREDARAN DARAH DALAM JANTUNG1. Darah dari semua bahagian badan mengalir masuk ke atrium kanan melalui vena kava apabila otot jantung berehat. Vena kava anterior membawa balik darah tanpa oksigen dari kepala dan anggota hadapan ke jantung. Vena kava posterior pula membawa balik darah tanpa oksigen dari anggota bawah dan organ badan lain.

        2. Darah tanpa oksigen memenuhi atrium kanan.

    Rajah aliran darah melalui jantung.

    3. Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan darah dipaksa keluar melalui arteri pulmonari ke peparu. Pada masa yang sama, injap trikuspid akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan. Di arteri pulmonari, injap sabit akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke ventrikel kanan.

    4. Gas karbon dioksida dalam darah akan diganti dengan gas oksijen dalam paru-paru. Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena pulmonari. Darah beroksigen memenuhi atrium kiri dan apabila atrium kiri mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri.

    5. Darah beroksigen akan ditolak masuk ke aorta. Pada masa yang sama, injap bikuspid (mitra) akan tertutup untuk mengelakkan darah daripada mengalir balik ke atrium kiri.Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang darah dalam aorta mengalir balik ke dalam ventrikel kiri apabila ventrikel itu mengendur.6. Pembuluh darah yang keluar dari ventrikel kiri disebut Aorta, yang mengedarkan darah ke   seluruh tubuh. Sedangkan yang keluar dari ventrikel kanan disebut Arteri Pulmonalis yang   membawa darah ke paru untuk menukarkan karbon dioksida dengan oksigen. Pembuluh darah yang membawa darah masuk ke Atrium kiri disebut Vena Pulmonal dari paru-paru dan yang masuk ke Atrium kanan disebut Vena Cava membawa darah tanpa oksijen dari seluruh tubuh.

    Sebahagian darah yang keluar dari aorta akan membekalkan oksijen ke jantung dan dikenal dengan nama Arteri Koronaria. Pembuluh darah inilah yang sering mengalami gangguan pada penyakit jantung koroner. Pengimbasan jantung menggunakan Pengimbas Tomografi Berkomputer akan dilakukan untuk mengesan masalah ini.
    SERANGAN PENYAKIT JANTUNG

    Sekiranya terdapat lapisan lemak terbentuk dalam saluran darah, jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat. Ini menyebabkan tekanan tinggi pada salur darah yang dikenali sebagai darah tinggi. Ini adalah merbahaya kerana pembuluh darah dibahagian otak sangat halus. Sekiranya pembuluh darah di otak pecah, ia menyebabkan angin ahmar (stroke).

    Serangan sakit jantung mula digambarkan dengan tepat pada 1912. Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Sukar bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah dibahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.

    Saluran darah tersebut dikatakan sebagai kitaran darah ketiga oleh Harvey, di mana jantung membekalkan dirinya sendiri dengan darah beroksijen. Banyak ubat telah diperkenalkan untuk merawat penyakit jantung. Antaranya adalah Digitalis, kulit cinchona, acetylsalicylic, nitroglycerinr, diuretic, betablockers, clcium antagonists, fibrinolytica, angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE inhibitors), dan angiotensin antagonists.

    Sungguhpun pelbagai rawatan telah dimajukan, adalah lebih baik bagi kita mengamalkan cara hidup yang sihat daripada merawat setelah mendapat penyakit. Mengelak penyakit adalah lebih baik daripada mengubat. Oleh itu pastikan kita mengamalkan permakanan yang mengandungi tahap kalesterol yang rendah, seperti menggunakan minyak masak kelapa sawit dan mengelakkan makanan yang bersantan. Selain itu makanan yang banyak serat juga mampu memerangkap kalesterol  sebelum ia dapat diserap kedalam badan, sekaligus dapat mengurangkan penghadaman kalesterol oleh badan kita. Makanan berkhasiat, hidup sehat.


    Belum Ada Tanggapan sejauh ini
    Tinggalkan sebuah tanggapan



    Tinggalkan sebuah tanggapan
    Baris dan paragraf terpisah secara otomatis, alamat email tidak akan ditampilkan, kode HTML diperbolehkan: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>